4.2.20

Interview UiTM untuk Degree 2D animation

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Hai guys! So kali ni aku akan ceritakan pengalaman aku pergi interview untuk degree course 2D Animation di UiTM Puncak Perdana.

Pagi lagi aku kena ada kat sana dah so aku drive lah lepas subuh sebab ayah aku punya la takut aku sesat la apalah. Yelah tempat orang en kita tak biasa. So aku pun waze la then drive hingga tiba ke lokasi. Aku pakai baju formal ye iaitu baju kurung dan kasut bertutup. Bila aku sampai, aku tanya orang kat situ pasal tempat interview. Lepas aku confirm, aku pun pergi.

Mula-mula, aku kena masuk ke ruang daftar. Dalam tu ada 2 bahagian susunan kerusi. 1 bahagian kerusi tu dibiar kosong. Kat situ akan ada macam 4 panel untuk check aku punya salinan-salinan dokumen based on sijil asal yang dorang suruh kau bawak. Alhamdulillah aku punya takde masalah. But situ ada juga disediakan khidmat photostat and cop pengesahan. In case kau lupa photostat or mintak cop. 

Lepas aku punya dah setel, dia suruh duduk kat bahagian susunan kerusi kosong tu. Aku kena tunggu pulak untuk dipanggil ke interview. Then bila aku tunggu tu, dah cukup 15 orang yang duduk sekali ngan aku, baru ada fesi panggil ikut dia. Kami dibawa ke sebuah bilik kuliah yang ada susunan meja and kerusi la bukan yang bertangga tu. Bilik tu as ruang ujian melukis.

So kami pun duduklah. Atas meja ada disediakan kertas A4 and ruang tulis nama. Alat tulis kita kena bawak sendiri. Then pensyarah tu cakap, "Saya nak awak semua lukis orang berlari dalam masa 10 minit."

Hah kau tak terciduk ke dengar dalam masa 10 minit nak orang berlari hahaha so semua pun terus la keluarkan pensil ke apa and show off bakat masing2. Cukup 10 minit, pensyarah tu suruh stop and ada fesi kutip kertas and pass kat pensyarah tu. Then dia pergi kat satu sudut ni, dia macam tanda kertas tau haa time tu aku dah cuak dah. 

Tak lama lepas tu dia bagi kat fesi tu, 2 bahagian kertas. Means ada yang direject adn diterima. Time tu aku dah doa dah mintak2 la aku tak kena reject. Alhamdulillah, fesi sebut nama aku and beberapa orang lain untuk ke ruang menunggu calon yang lepas tapisan. Sementara tunggu tu, aku sembang2 lah en sampai la fesi seru nama aku untuk masuk interview. 

Bila masuk bilik tu, ada 4 panel but dia bahagi 4 meja jugak. Means 1 panel untuk 1 calon. So aku pergi kat panel yang aku kena pergi and ni soalan2 yang aku dapat dari dia;

1. Kenapa nak ambil 2D animation?2. Apa sumbangan anda dalam animation ni nanti?3. Apa pendapat anda tentang industri animasi di Malaysia?4. Apa anda boleh lakukan sekiranya anda dapat kursus 2D animasi di UiTM ini?5. Adakah anda menghidap sebarang mental illness seperti depression, anxiety etc?6. Introduce yourself7. Pendapat anda kenapa 2D animasi tak pergi jauh seperti 3D animasi? (ni soalan 3 tu, aku jawab yang 2D ni tak laku macam 3D animation contoh upin ipin, ejen ali etc.)

Last sekali, dia suruh buat ujian buta warna. Hah then setel la semuanya dan aku pun balik rumah pekena roti cana sebab pukul 10.30 pagi and aku tak breakfast lagi hahaha okay sekian, maceh :3
Share:

12.12.19

Pengalaman pergi ujian Medsi



Alhamdulillah, aku dapat peluang untuk menghadiri ujian Medsi untuk aku sambung ke UPSI. Ujian dia tak susah sebab jawab pakai komputer. And soalan-soalan dia pasal personaliti, minat kerjaya, kecerdasan dan emosi gitulah...So jawab ikut logikla and jangan panik gelabah tak tentu pasal hahaha sebab soalan senang je. Korang cuba google soalan contoh medsi hah then you get the idea la.

Before pi ujian tu, jangan lupa print slip kehadiran and datang awal. Datang awal so that kalau korang sesat nak cari fakulti mana, takdelah makan masa and terkejar-kejar. Then korang boleh relax and sembang-sembang la dengan calon lain. Boleh kenal-kenal sambil tu hilangkan bosan.

Pergi pakai la baju kurung untuk perempuan. Takyah mekap sangat sebab kau masuk makmal komputer tu, kau jawab then kau blah hahaha so bazir make up je kalau pakai. Untuk lelaki pakai la baju kemeja and slack ke nampak la formal gichuww~

So, setakat ni je aku nak share. Doakanlah aku dapat lepas ujian and terus ke interview.
Share:

13.11.19

FINALLY! Aku seorang graduan.


Selepas 3 tahun yang memenatkan fizikal dan mental aku (mostly mental lah)...

AKU DAH BERJAYA GRAD!! ALHAMDULILLAH!!!

Okay memang seronok bila dah grad ni sebab aku rasa macam wahh aku sudah dewasa....but hakikatnya tak.

Bila aku dah grad ni kan, aku rasa macam tak nampak masa depan aku macam mana hahahaha sebab tersepit antara nak kerja atau belajar.

And masa ni aku kena belajar untuk buat sesuatu keputusan hidup. Tanya pendapat kat orang, boleh. Tapi selebihnya semua di tangan aku. Kali ni aku tak boleh salah pilih. Silap pilih, merana hidup.

Haihh~

Aku harap-harap lah aku dapat pilih jalan yang terbaik dalam hidup aku, demi masa depan yang cerah hahaha
Share:

11.11.19

Jauh di mata, dekat di hati



"Perjalanan ini seperti menjadi saksi," kata Ebiet G. Ade

Mei 2016

Menjadi titik permulaan perkenalan kita. Pada awalnya seperti biasa, ada sedikit benteng di antara kita. Ada mereka di sana, ada kita di sini. Mulanya kuliah pertama, subjek digital logik yang diajar Puan Mercy, meruntuhkan benteng tersebut. Kita mula diminta untuk bekerjasama dalam sebuah projek. Nah, disitu kita mulai kenal antara satu sama lain.

Perselisihan faham, bermasam muka, mengutuk belakang dan pelbagai rencah asam garam sebuah persahabatan, semua kita lalui bersama.
Tetapi semua berganti dengan kenangan manis kita yang lain.
Ada yang bercinta tapi putus di tengah jalan.
Ada yang kekal sehingga ke hari ini.
Ada juga yang patah hati kerna cinta ditolak.

Tiga tahun.
Tiga tahun kita mengukir kenangan dan memori bersama, kan selamanya terpahat di hati.

5 November 2019

Majlis graduasi kita. Hari yang kita tunggu-tunggu selama tiga tahun itu. Aneh. Hari yang paling bahagia boleh membuatkan aku berasa murung. Mungkin kerana sayangnya aku kepada mereka, merubah segalanya.

Tidak akan dapat aku cari kembali sahabat seperti mereka. Sumpah! Aku bersyukur kerna takdir menemukan kita semua. Tak mahu menulis terlalu panjang. Cukuplah aku abadikan video hasil tangan Aina dan Hisyam di sini.

Maafkan aku selama ni kalau ada salah dan silap. Maaf kalau aku tak jadi kawan terbaik untuk korang semua :'(
WZ SELAMANYA!










Share: