13.11.19

FINALLY! Aku seorang graduan.


Selepas 3 tahun yang memenatkan fizikal dan mental aku (mostly mental lah)...

AKU DAH BERJAYA GRAD!! ALHAMDULILLAH!!!

Okay memang seronok bila dah grad ni sebab aku rasa macam wahh aku sudah dewasa....but hakikatnya tak.

Bila aku dah grad ni kan, aku rasa macam tak nampak masa depan aku macam mana hahahaha sebab tersepit antara nak kerja atau belajar.

And masa ni aku kena belajar untuk buat sesuatu keputusan hidup. Tanya pendapat kat orang, boleh. Tapi selebihnya semua di tangan aku. Kali ni aku tak boleh salah pilih. Silap pilih, merana hidup.

Haihh~

Aku harap-harap lah aku dapat pilih jalan yang terbaik dalam hidup aku, demi masa depan yang cerah hahaha
Share:

11.11.19

Jauh di mata, dekat di hati



"Perjalanan ini seperti menjadi saksi," kata Ebiet G. Ade

Mei 2016

Menjadi titik permulaan perkenalan kita. Pada awalnya seperti biasa, ada sedikit benteng di antara kita. Ada mereka di sana, ada kita di sini. Mulanya kuliah pertama, subjek digital logik yang diajar Puan Mercy, meruntuhkan benteng tersebut. Kita mula diminta untuk bekerjasama dalam sebuah projek. Nah, disitu kita mulai kenal antara satu sama lain.

Perselisihan faham, bermasam muka, mengutuk belakang dan pelbagai rencah asam garam sebuah persahabatan, semua kita lalui bersama.
Tetapi semua berganti dengan kenangan manis kita yang lain.
Ada yang bercinta tapi putus di tengah jalan.
Ada yang kekal sehingga ke hari ini.
Ada juga yang patah hati kerna cinta ditolak.

Tiga tahun.
Tiga tahun kita mengukir kenangan dan memori bersama, kan selamanya terpahat di hati.

5 November 2019

Majlis graduasi kita. Hari yang kita tunggu-tunggu selama tiga tahun itu. Aneh. Hari yang paling bahagia boleh membuatkan aku berasa murung. Mungkin kerana sayangnya aku kepada mereka, merubah segalanya.

Tidak akan dapat aku cari kembali sahabat seperti mereka. Sumpah! Aku bersyukur kerna takdir menemukan kita semua. Tak mahu menulis terlalu panjang. Cukuplah aku abadikan video hasil tangan Aina dan Hisyam di sini.

Maafkan aku selama ni kalau ada salah dan silap. Maaf kalau aku tak jadi kawan terbaik untuk korang semua :'(
WZ SELAMANYA!










Share: