12.12.19

Pengalaman pergi ujian Medsi



Alhamdulillah, aku dapat peluang untuk menghadiri ujian Medsi untuk aku sambung ke UPSI. Ujian dia tak susah sebab jawab pakai komputer. And soalan-soalan dia pasal personaliti, minat kerjaya, kecerdasan dan emosi gitulah...So jawab ikut logikla and jangan panik gelabah tak tentu pasal hahaha sebab soalan senang je. Korang cuba google soalan contoh medsi hah then you get the idea la.

Before pi ujian tu, jangan lupa print slip kehadiran and datang awal. Datang awal so that kalau korang sesat nak cari fakulti mana, takdelah makan masa and terkejar-kejar. Then korang boleh relax and sembang-sembang la dengan calon lain. Boleh kenal-kenal sambil tu hilangkan bosan.

Pergi pakai la baju kurung untuk perempuan. Takyah mekap sangat sebab kau masuk makmal komputer tu, kau jawab then kau blah hahaha so bazir make up je kalau pakai. Untuk lelaki pakai la baju kemeja and slack ke nampak la formal gichuww~

So, setakat ni je aku nak share. Doakanlah aku dapat lepas ujian and terus ke interview.
Share:

13.11.19

FINALLY! Aku seorang graduan.


Selepas 3 tahun yang memenatkan fizikal dan mental aku (mostly mental lah)...

AKU DAH BERJAYA GRAD!! ALHAMDULILLAH!!!

Okay memang seronok bila dah grad ni sebab aku rasa macam wahh aku sudah dewasa....but hakikatnya tak.

Bila aku dah grad ni kan, aku rasa macam tak nampak masa depan aku macam mana hahahaha sebab tersepit antara nak kerja atau belajar.

And masa ni aku kena belajar untuk buat sesuatu keputusan hidup. Tanya pendapat kat orang, boleh. Tapi selebihnya semua di tangan aku. Kali ni aku tak boleh salah pilih. Silap pilih, merana hidup.

Haihh~

Aku harap-harap lah aku dapat pilih jalan yang terbaik dalam hidup aku, demi masa depan yang cerah hahaha
Share:

11.11.19

Jauh di mata, dekat di hati



"Perjalanan ini seperti menjadi saksi," kata Ebiet G. Ade

Mei 2016

Menjadi titik permulaan perkenalan kita. Pada awalnya seperti biasa, ada sedikit benteng di antara kita. Ada mereka di sana, ada kita di sini. Mulanya kuliah pertama, subjek digital logik yang diajar Puan Mercy, meruntuhkan benteng tersebut. Kita mula diminta untuk bekerjasama dalam sebuah projek. Nah, disitu kita mulai kenal antara satu sama lain.

Perselisihan faham, bermasam muka, mengutuk belakang dan pelbagai rencah asam garam sebuah persahabatan, semua kita lalui bersama.
Tetapi semua berganti dengan kenangan manis kita yang lain.
Ada yang bercinta tapi putus di tengah jalan.
Ada yang kekal sehingga ke hari ini.
Ada juga yang patah hati kerna cinta ditolak.

Tiga tahun.
Tiga tahun kita mengukir kenangan dan memori bersama, kan selamanya terpahat di hati.

5 November 2019

Majlis graduasi kita. Hari yang kita tunggu-tunggu selama tiga tahun itu. Aneh. Hari yang paling bahagia boleh membuatkan aku berasa murung. Mungkin kerana sayangnya aku kepada mereka, merubah segalanya.

Tidak akan dapat aku cari kembali sahabat seperti mereka. Sumpah! Aku bersyukur kerna takdir menemukan kita semua. Tak mahu menulis terlalu panjang. Cukuplah aku abadikan video hasil tangan Aina dan Hisyam di sini.

Maafkan aku selama ni kalau ada salah dan silap. Maaf kalau aku tak jadi kawan terbaik untuk korang semua :'(
WZ SELAMANYA!










Share:

26.10.19

Toxic friend


Zaman ketika aku sekolah menengah dulu, aku ada seorang kawan. Kawan ke? Hmm...more to kenalan lah. Nak sebut kawan tu, agak kekok. Jadi serba sedikit aku nak ceritakan tentang layanan dia pada aku. Pada aku, dia adalah kawan toksik aku.

Dia buatkan aku rasa tak boleh bernafas dengan tenang kalau duduk dekat dengan dia.
Aku sentiasa macam takut untuk buat apa-apa, risau akan penerimaan dia.
Takut untuk bergurau.
Takut untuk memberi sebarang komen.
Takut untuk berkawan dengan orang yang dia biasa berkawan, even dengan rakan sekelas.

Dia buatkan aku tak pernah rasa tenang sepanjang sekolah.

Tapi mula dari tingkatan 5, aku mula sedar, tiada guna simpan orang sebegitu sebagai kawan. Lalu, aku mula menjauhkan diri. Berkawan tetap berkawan. Tapi sekadar bermanis muka, beramah mesra. Terlepasnya cengkaman dari dia, membuatkan aku untuk terbang lebih tinggi.

Melangkah ke alam universiti merupakan satu permulaan baru untuk aku mencari sahabat baru. Dan alhamdulillah...aku dikurniakan sahbat-sahabat yang ada masa susah senang, sentiasa bantu aku. Tegur aku jika salah dan terima teguran jika dia salah.

Bagi aku, tak salah kalau kau nak putuskan persahabatan kalau hubungan itu hanyalah membawa kau ke lembah gelap. Jiwa ka tak tenang, sentiasa merendah diri sehingga kadang kala dipijak-pijak. Tinggalkan mereka.
You deserve better!
Tapi kau kena ingat, kau pun ada toxic traits. Tapi belajarlah untuk kenal diri sendiri dan perbaiki kelemahan diri. Belajar terima teguran dengan hati terbuka.

Kadang-kadang, kawan nak tegur kita. Tapi bila kita taknak terima dengan baik, akhirnya ditinggalkanlah.
Share:

Singgah UPSI



Hari ni, aku ngan family aku pergi UPSI. Kau tahu sebab apa? Sebab nak hantar borang permohonan je gais! hahahaha! Pastu bukan family aku je, family makcik aku pun follow sekali bhai hahhaha! Awalnya sebab dorang nak balik perak, but satu jalan nak ke tanjung malim kan? So dorang saja la nak follow.

Kau tahu bapak penat pergi sana. Tak jauh pun...but dok sesat dalam UPSI tu. Sebab nak hantar borang mula-mula aku pergi kampus lama. Then dorang kata kena pergi kampus baru. Bila pergi, tanya pengawai keselamatan dia tak kasi arahan clear. Punyalah dok tawaf kampus tu hahahah! Stress aku dahla panas! Kejar masa nak sampai office before solat jumaat. Yela kang dah tutup jenuhla nak tunggu pukul 2 pula!

But alhamdulillah...dapat lah jugak aku hantar borang tu and harap-harap dapatlah.
Share:

23.10.19

Diploma Sains Komputer (Multimedia) @ UTMKL



Assalamualaikum...Hai guys.

Harini aku tergerak hati nak share pasal bidang yang aku ambil masa diploma. Aku baru lepas grad bidang Diploma Sains Komputer (Multimedia) kat UTMKL. Diploma ni ambik masa selama 3 tahun. Apa aku boleh cakap, nak study bidang ni, memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

First, aku nak cerita pasal apa aku belajar selama 3 tahun ni. Aku tak ingat sangat exactly apa aku belajar hahaha tapi ni lah dia subjek2 yang aku belajar ;
Share:

30.9.19

Rasa nak stop lukis

Hai guys...

Harini aku rasa nak luahkan lah apa aku tengah hadap sekarang ni. Macam ni, aku ni minat lukis. And mostly style aku lukis semua ke arah macam anime or manga la. But aku ni tak cukup berbakat tau sampai tiap kali aku lukis aku rasa sumpah nak give up.

Aku sedar aku ni jenis cepat hilang rasa semangat tu. Aku tak macam orang lain yang kuat nak kejar apa dia nak. Aku try nak ubah benda tu tapi susah weh.

Tiap kali aku pegang pen wacom tu, memang tengah semangat dah. But then asyik lukis tak jadi pe semua terus aku shut down laptop aku. Entahlah. Aku rasa nak nangis do sumpah nak nangis.
Share:

Life Journal

Hai guys. So, this is my first post for this blog. I used to write some short poems here but now I decided to use this blog as my life journal. Buat masa ni, aku tengah struggle nak mohon degree. Aku mula mohon through UPU but hmm...tiada rezeki.

So, aku mula tunggu second intake untuk ipta lain. Aku tak kisah. Biar la lambat dari member lain sebab journey orang lain-lain, bukan?

Lepas aku try search pasal certain courses and aku harapkan ada la yang buat blog pasal course2 tu or pasal ipta tu en, but now macam susah sikit since dah jaraang orang guna blog. And aku terpikir, why not aku start buat macam tu. so that lepas ni, aku boleh tolong orang lain yang manatau teringin nak tau pengalaman orang lain before decide nak masuk mana en.

so yeah, insyaallah aku akan update kalau dapat memana nanti.

cau geng!
Share: