11.11.19

Jauh di mata, dekat di hati



"Perjalanan ini seperti menjadi saksi," kata Ebiet G. Ade

Mei 2016

Menjadi titik permulaan perkenalan kita. Pada awalnya seperti biasa, ada sedikit benteng di antara kita. Ada mereka di sana, ada kita di sini. Mulanya kuliah pertama, subjek digital logik yang diajar Puan Mercy, meruntuhkan benteng tersebut. Kita mula diminta untuk bekerjasama dalam sebuah projek. Nah, disitu kita mulai kenal antara satu sama lain.

Perselisihan faham, bermasam muka, mengutuk belakang dan pelbagai rencah asam garam sebuah persahabatan, semua kita lalui bersama.
Tetapi semua berganti dengan kenangan manis kita yang lain.
Ada yang bercinta tapi putus di tengah jalan.
Ada yang kekal sehingga ke hari ini.
Ada juga yang patah hati kerna cinta ditolak.

Tiga tahun.
Tiga tahun kita mengukir kenangan dan memori bersama, kan selamanya terpahat di hati.

5 November 2019

Majlis graduasi kita. Hari yang kita tunggu-tunggu selama tiga tahun itu. Aneh. Hari yang paling bahagia boleh membuatkan aku berasa murung. Mungkin kerana sayangnya aku kepada mereka, merubah segalanya.

Tidak akan dapat aku cari kembali sahabat seperti mereka. Sumpah! Aku bersyukur kerna takdir menemukan kita semua. Tak mahu menulis terlalu panjang. Cukuplah aku abadikan video hasil tangan Aina dan Hisyam di sini.

Maafkan aku selama ni kalau ada salah dan silap. Maaf kalau aku tak jadi kawan terbaik untuk korang semua :'(
WZ SELAMANYA!










Share:

2 comments:

Anonymous said...

acah la budak budak wz ni

mimihanifa said...

Jadi gue harus katakan woww gituu