26.10.19

Toxic friend


Zaman ketika aku sekolah menengah dulu, aku ada seorang kawan. Kawan ke? Hmm...more to kenalan lah. Nak sebut kawan tu, agak kekok. Jadi serba sedikit aku nak ceritakan tentang layanan dia pada aku. Pada aku, dia adalah kawan toksik aku.

Dia buatkan aku rasa tak boleh bernafas dengan tenang kalau duduk dekat dengan dia.
Aku sentiasa macam takut untuk buat apa-apa, risau akan penerimaan dia.
Takut untuk bergurau.
Takut untuk memberi sebarang komen.
Takut untuk berkawan dengan orang yang dia biasa berkawan, even dengan rakan sekelas.

Dia buatkan aku tak pernah rasa tenang sepanjang sekolah.

Tapi mula dari tingkatan 5, aku mula sedar, tiada guna simpan orang sebegitu sebagai kawan. Lalu, aku mula menjauhkan diri. Berkawan tetap berkawan. Tapi sekadar bermanis muka, beramah mesra. Terlepasnya cengkaman dari dia, membuatkan aku untuk terbang lebih tinggi.

Melangkah ke alam universiti merupakan satu permulaan baru untuk aku mencari sahabat baru. Dan alhamdulillah...aku dikurniakan sahbat-sahabat yang ada masa susah senang, sentiasa bantu aku. Tegur aku jika salah dan terima teguran jika dia salah.

Bagi aku, tak salah kalau kau nak putuskan persahabatan kalau hubungan itu hanyalah membawa kau ke lembah gelap. Jiwa ka tak tenang, sentiasa merendah diri sehingga kadang kala dipijak-pijak. Tinggalkan mereka.
You deserve better!
Tapi kau kena ingat, kau pun ada toxic traits. Tapi belajarlah untuk kenal diri sendiri dan perbaiki kelemahan diri. Belajar terima teguran dengan hati terbuka.

Kadang-kadang, kawan nak tegur kita. Tapi bila kita taknak terima dengan baik, akhirnya ditinggalkanlah.
Share:

Singgah UPSI



Hari ni, aku ngan family aku pergi UPSI. Kau tahu sebab apa? Sebab nak hantar borang permohonan je gais! hahahaha! Pastu bukan family aku je, family makcik aku pun follow sekali bhai hahhaha! Awalnya sebab dorang nak balik perak, but satu jalan nak ke tanjung malim kan? So dorang saja la nak follow.

Kau tahu bapak penat pergi sana. Tak jauh pun...but dok sesat dalam UPSI tu. Sebab nak hantar borang mula-mula aku pergi kampus lama. Then dorang kata kena pergi kampus baru. Bila pergi, tanya pengawai keselamatan dia tak kasi arahan clear. Punyalah dok tawaf kampus tu hahahah! Stress aku dahla panas! Kejar masa nak sampai office before solat jumaat. Yela kang dah tutup jenuhla nak tunggu pukul 2 pula!

But alhamdulillah...dapat lah jugak aku hantar borang tu and harap-harap dapatlah.
Share:

23.10.19

Diploma Sains Komputer (Multimedia) @ UTMKL



Assalamualaikum...Hai guys.

Harini aku tergerak hati nak share pasal bidang yang aku ambil masa diploma. Aku baru lepas grad bidang Diploma Sains Komputer (Multimedia) kat UTMKL. Diploma ni ambik masa selama 3 tahun. Apa aku boleh cakap, nak study bidang ni, memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

First, aku nak cerita pasal apa aku belajar selama 3 tahun ni. Aku tak ingat sangat exactly apa aku belajar hahaha tapi ni lah dia subjek2 yang aku belajar ;
Share: