4.2.20

Interview UiTM untuk Degree 2D animation

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Hai guys! So kali ni aku akan ceritakan pengalaman aku pergi interview untuk degree course 2D Animation di UiTM Puncak Perdana.

Pagi lagi aku kena ada kat sana dah so aku drive lah lepas subuh sebab ayah aku punya la takut aku sesat la apalah. Yelah tempat orang en kita tak biasa. So aku pun waze la then drive hingga tiba ke lokasi. Aku pakai baju formal ye iaitu baju kurung dan kasut bertutup. Bila aku sampai, aku tanya orang kat situ pasal tempat interview. Lepas aku confirm, aku pun pergi.

Mula-mula, aku kena masuk ke ruang daftar. Dalam tu ada 2 bahagian susunan kerusi. 1 bahagian kerusi tu dibiar kosong. Kat situ akan ada macam 4 panel untuk check aku punya salinan-salinan dokumen based on sijil asal yang dorang suruh kau bawak. Alhamdulillah aku punya takde masalah. But situ ada juga disediakan khidmat photostat and cop pengesahan. In case kau lupa photostat or mintak cop. 

Lepas aku punya dah setel, dia suruh duduk kat bahagian susunan kerusi kosong tu. Aku kena tunggu pulak untuk dipanggil ke interview. Then bila aku tunggu tu, dah cukup 15 orang yang duduk sekali ngan aku, baru ada fesi panggil ikut dia. Kami dibawa ke sebuah bilik kuliah yang ada susunan meja and kerusi la bukan yang bertangga tu. Bilik tu as ruang ujian melukis.

So kami pun duduklah. Atas meja ada disediakan kertas A4 and ruang tulis nama. Alat tulis kita kena bawak sendiri. Then pensyarah tu cakap, "Saya nak awak semua lukis orang berlari dalam masa 10 minit."

Hah kau tak terciduk ke dengar dalam masa 10 minit nak orang berlari hahaha so semua pun terus la keluarkan pensil ke apa and show off bakat masing2. Cukup 10 minit, pensyarah tu suruh stop and ada fesi kutip kertas and pass kat pensyarah tu. Then dia pergi kat satu sudut ni, dia macam tanda kertas tau haa time tu aku dah cuak dah. 

Tak lama lepas tu dia bagi kat fesi tu, 2 bahagian kertas. Means ada yang direject adn diterima. Time tu aku dah doa dah mintak2 la aku tak kena reject. Alhamdulillah, fesi sebut nama aku and beberapa orang lain untuk ke ruang menunggu calon yang lepas tapisan. Sementara tunggu tu, aku sembang2 lah en sampai la fesi seru nama aku untuk masuk interview. 

Bila masuk bilik tu, ada 4 panel but dia bahagi 4 meja jugak. Means 1 panel untuk 1 calon. So aku pergi kat panel yang aku kena pergi and ni soalan2 yang aku dapat dari dia;

1. Kenapa nak ambil 2D animation?2. Apa sumbangan anda dalam animation ni nanti?3. Apa pendapat anda tentang industri animasi di Malaysia?4. Apa anda boleh lakukan sekiranya anda dapat kursus 2D animasi di UiTM ini?5. Adakah anda menghidap sebarang mental illness seperti depression, anxiety etc?6. Introduce yourself7. Pendapat anda kenapa 2D animasi tak pergi jauh seperti 3D animasi? (ni soalan 3 tu, aku jawab yang 2D ni tak laku macam 3D animation contoh upin ipin, ejen ali etc.)

Last sekali, dia suruh buat ujian buta warna. Hah then setel la semuanya dan aku pun balik rumah pekena roti cana sebab pukul 10.30 pagi and aku tak breakfast lagi hahaha okay sekian, maceh :3
Share:

0 comments: