26.10.19

Singgah UPSI



Hari ni, aku ngan family aku pergi UPSI. Kau tahu sebab apa? Sebab nak hantar borang permohonan je gais! hahahaha! Pastu bukan family aku je, family makcik aku pun follow sekali bhai hahhaha! Awalnya sebab dorang nak balik perak, but satu jalan nak ke tanjung malim kan? So dorang saja la nak follow.

Kau tahu bapak penat pergi sana. Tak jauh pun...but dok sesat dalam UPSI tu. Sebab nak hantar borang mula-mula aku pergi kampus lama. Then dorang kata kena pergi kampus baru. Bila pergi, tanya pengawai keselamatan dia tak kasi arahan clear. Punyalah dok tawaf kampus tu hahahah! Stress aku dahla panas! Kejar masa nak sampai office before solat jumaat. Yela kang dah tutup jenuhla nak tunggu pukul 2 pula!

But alhamdulillah...dapat lah jugak aku hantar borang tu and harap-harap dapatlah.
Share:

0 comments: